Tuesday 26 July 2011

Cerita Habu dan Salukot

Berikut perbualan diantara dua sahabat pada tengahari yang suam-suam. Habu (bukan nama sebenar) baru keluar dari sebuah pasaraya besar. Kemudian terserempak dengan si Salukot (bukan nama sebenar juga).

Salukot : Habu, banyak beli barang? Apa yang ko beli tu?

Habu : Banyak la jugak, nak masak tengahari nih. Nanti ko datang la joint sekali makan

Salukot : Ohhh...pasal makan free boleh jek...hehee...yang ni ape pulak siap bungkus hitam nih, macam barang terlarang jek? Kahkahkah...

Habu : Ni jiran aku pesan tadik..tolong menolong..ni ada tube hitam 17 tahan koyak, bessarrrr punye ngan spageti kuning size 5, halusssssss...

Salukot : Owhhh...gitu...(dalam hati...ape ke pelik pesanan jiran dia nih)

Habu : Oklah, aku nk balik dulu. Nanti lambat pulak nak masak..jgn lupe datang ye

Salukot : Ok..berehhhh

Habu pun berlalu. Salukot pun mengeluarkan henponnye dan menghantar sms kepada seseorang.

Dah sampai rumah...Sedang habu sibuk-sibuk masak kat dapor..tiba-tiba ... “ding-dong” “ding-dong” “ding-dong” bertalu-talu...terkejut Habu. Desis hatinya siape pulak yang mengamok nih. Pintu pun dibuka, rupenye si Diang awek si Habu nih..tapi mukenye masam2 asam jek.


Diang : Bang, siapa dihati abang?

Habu : Ehh..rileks la..ape marah2 ni..tentulah Diang dihati abang..

Diang : Rileks abang kata..abang ada pompuan lain ye? Tau la jiran abang tu anak dara yang mude dari saya lagi cun pulak dan the bomb lagi !!

Habu : Ape yang ko merepek ni Diang oiii?

Diang : Merepek ye bang? Nih, baca sms nih...

“Diang, baik ko siasat BF ko tu..tadi aku jumpe dia kat pasaraya..dia beli tube ngan spageti..dia kata untuk jiran dia” sender:Salukot Hangit..

Habis baca Habu gelak terbahak-bahak..Diang jadi pelik...apehal pulak..

Habu : Laaa...pasal sms ni ke? Meh abang story...jap eh...

Habu memanggil jirannya itu keluar membawa beberapa barang..beberapa ketika kemudian jirannya yang cun itu membawa barang yang dimaksudkan...

Habu : Haaa... ni la nye spageti dan tube tu...mee spageti kaler kuning, size no 5....satu lagi tube moto adik dia tu ha, rim 17 size 2.75

Diang : erkkk????

Sejurus kemudian Diang meminta maaf kepada Habu...tapi sampai kesudah si Salukot tak muncul-muncul untuk makan bersama....ngeh ngeh ngeh


psss:kisah ini rekaan semata-mata oleh aku..jika bersamaan dengan yang masih hidup atau yang mati hanyalah kebetulan..maaf ku pohon..




Monday 25 July 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Singapura vs Malaysia (1st Match)




Emm..nampaknya seperti tiada apa yang mahu dipelajari oleh barisan pertahanan dan benteng terakhir skuad negara pada perlawanan persahabatan dengan pasukan BPL tempohari. Setelah tewas 4-0 (Arsenal) dan 6-3 (Liverpool) hangat diperkatakan tentang kelemahan skuad Harimau Malaya.

Setelah tamat perlawanan menentang Singapura digelangang lawan hari Sabtu yang lalu, sekali lagi Harimau Malaya tumbang dengan kiraan 5-3. Satu keputusan yang mengecewakan.

Pasukan negara bermula cemerlang. Seawal saat ke 26 mereka telah memperolehi jaringan melalui Safie Sali. Jaringan awal ini mungkin menjadikan pemain terlalu yakin dapat meratah pasukan lawan. Ditambah pula dengan anggapan pada pasukan lawan yang mempunyai pemain-pemain berumur 30+, dan agak gempal pasti tidak sekuat mana.

Namun, mungkin kerana keyakinan yang keterlaluan menjadikan pemain hilang fokus. Akhirnya diseparuh masa pertama sahaja Harimau Malaya sudah kena 4-1. Separuh masa kedua Harimau Malaya cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang kepada 4-3. Namun pada penghujungnya tuan rumah berjaya menjarakkan semula untuk keputusan muktamad 5-3.

Penjaga gawang Malaysia seperti terpaku apabila hanya mampu melihat bola sepakan percuma masuk ke dalam gawang..seperti orang mati langkah. Bukan sekali, tapi lebih dari sekali...Gol kelima paling tidak masuk akal (kata Rajagobal)..kalau aku tengok pun memang agak keterlaluan..ada 5 defender..tapi boleh jugak tembus...emmm

Hakikat kekalahan walaubagaimanapun perlu diterima. Apa yang perlu, pasukan Harimau Malaya mesti menang paling kurang 2-0 pada perlawanan timbal balik nanti..

Akhir kata..Semoga Berjaya Skuad Harimau Malaya..Skuad Malaysia!!!



Friday 22 July 2011

Malaysia vs Chelsea


(Gambar: Amri Yahya nyaris ‘diterajang’ pemain Chelsea, Branislav Ivanovic tapi tak kena)



21 Julai 2011, Skuad Olimpik negara menentang skuad Chelsea....apa kesudahannya? yaaaa....sekali lagi skuad negara tewas, tapi kali ini lebih memuaskan hati Ong Kim Swee dan membuatkan pengurus Blues yang baru, Andre Villas Boas tidak senang duduk.

Keputusan akhir Malaysia 0 - 1 Chelsea....tapi kontroversi...kenapa??

Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.

Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.

Emmm....aritu player Chelsea kata team the bules boleh menang sekurang-kurangnya 3-0....tapi kena kerja keras siotttttt!!!!

Tahniah buat Pasukan Malaysia !!!!




Harta Pusaka Nenek

Cerita ini aku cekau dari sebuah laman sosial....heheheee...jeng jeng jeng..al-kisahnya...



Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



Saturday 16 July 2011

Malaysia vs Liverpool 2011

Habis dah match sebentar tadi....Malaysia 3 - 6 Liverpool...Ketika melihat seakan-akan Liverpool mengulangi keputusan di China dgn keputusan 4-3...tiba-tiba 2 gol menyusul untuk muktamat 6-3....cuma nak kongsi sikit sikit benda yang aku quote dari Selangor FC...

Beza Arsenal & Liverpool Tour 2011.

Malaysia 0-4 Arsenal, 3-6 Liverpool.
vs Arsenal main malam. Liverpool: petang.
vs Arsenal, Malaysia kuning. Liverpool, Malaysia biru.
vs Arsenal, Malaysia tak skor. Liverpool, Malaysia skor 3 tu!
Arsenal skor 4. Liverpool skor 6 tuuu!
vs Arsenal, Malaysia defisit -4. Liverpool, Malaysia defisit -3.
vs Arsenal, 4 gol. Liverpool, 9 gol
Jadi mana lagi hebat, Arsenal ke Liverpool?

Heheheeee....so..apa pendapat anda?

Thursday 14 July 2011

Pengakhiran Malaysia XI Vs Arsenal 13 Julai 2011


Berakhir sudah perlawanan di antara Malaysia XI dengan Arsenal yang berkesudahan dengan skuad Harimau Malaya pulang hampa dan skuad The Gunners pulang bergaya...dengan jaringan 4-0...

Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.


Bermula dengan kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak seawal minit ke-5 menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil perlawanan Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal. Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu kesebelah kanan menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin yang melayangkan badan kesebelah lain.

Pada minit ke 37, Ramsey pula bijak mengumpan lambungan bola kepada Theo Walcott yang tidak dikawal yang kemudiannya melambungkan bola menewaskan penjaaga gol...

Percubaan merbahaya dari sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny......S Kunalan tetap merbahaya dengan larian derasnya

Babak kedua, Carlos Vela berjaya meloloskan diri dan bola dari celah pertahanan Harimau Malaya dan akhirnya melambungkan sedikit bola melewati jangkauan Khairul Fahmi....

Pada penghujung perlawanan, senior otai bernombor 7 The Gunners, Rosicky berjaya meletakkan nama sebagai penjaring setelah menanduk masuk bola lambungan Arshavin....


Tamat sudah dengan jaringan 4-0...tidak berbalas...menurut analisis tak bertauliah aku;
1. Bola lambung 2 kali...tambah pulak lambungan last Arshavin
2. Kali ni beri penalti lagi...emmm??? aritu lawan Vietnam banyak gak penalti
3. Banyak kali gak naik tinggi..tp tak terkejar ngan kederasan player lawan
4. Arsenal guna SEMUA pemain...tukar..tukar..tukar..(13 pertukaran), Malaysia tak test semua pemain, sekadar 7 pertukaran pemain sepanjang perlawanan

Untuk rekod, pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999....dan pada kali ini 4-0.

Dari segi terhibur...memang terhibur....dari segi persedian pasukan, banyak yang perlu diperbaiki oleh pasukan kebangsaan....

Aku suka sebab The Gunners menang....tp aku kecewa sebab Harimau Malaya tak keluar taring...apepun tahniah buat kedua-dua pasukan










   



Tuesday 5 July 2011

Michelin Energy XM2


MICHELIN, peneraju segmen pengeluaran produk tayar global memperkenalkan model tayar terbarunya, Michelin Energy XM2, yang dibangunkan dengan ciri keupayaan tahan lama sebanyak 20 peratus dan penjimatan penggunaan bahan bakar kenderaan.

Pengenalan tayar Energy XM2 bakal memanfaatkan 80% pemilik kenderaan di negara, yang mana terdiri daripada pengguna segmen kereta penumpang kompak dan pertengahan.Di sebalik kemampuan Michelin menghasilkan tayar tahan lama dan penjimatan minyak, syarikat terbabit turut memberi jaminan aspek keselamatan tidak diabaikan.

Teknologi yang digunakan dalam pembangunan tayar Energy XM2 dikenali teknologi perantara silih ganti, iaitu penekanan tertumpu kepada aspek kebertahanan, penjimatan minyak dan keselamatan.

Keseimbangan prestasi yang ditawarkan tayar Energy XM2 dirasai apabila penggunaan sebatian hibrid pada model tayar Energy XM1 diperluaskan kepada silika penuh, di mana ia menghasilkan kadar pengurangan ketahanan golekan sebanyak lapan peratus dan penjimatan minyak tambahan turut dipertingkatkan sebanyak 1.1%.

Sesuai digunakan untuk rim 14 hingga 16 inci, dengan kelebaran 175 hingga 215. Harga yang ditawarkan adalah RM217 bagi 14 inci dan RM488 untuk 16 inci.

*Teringin jugak aku pakai tayar nih...tapi tak sesuai sebab rim stendert aku tak bleh masuk...ekekee...kena tukar rim lebar skit...

sumber: http://175.41.130.6/sites/michelinmalaysia/beritaharian/faedah.html



Terkenang semasa dulu..main tikaman

(image di sedut dari fuad latif facebook)

Haaa.....kenalkah kalian apakah benda di atas (gambar)? Mungkin bagi mereka yang berumur 20 tahun ke bawah tak kenal....tapi kalau yang umor dah 30+, pastu duduk pulak kat kampong-kampong mesti kenal punye lah...

Haaa....inilah dia permainan "tikam-tikam"...orang kampong aku panggil "tikaman"...kanak-kanak memang suke bebenor benda nih...beli kertas 5sen-10sen sekeping..pastu tgk la kalau bernasib baik dapat la hadiah...hadiah ada macam-macam...keropok lah, belon lah, duit lah...kalau waktu nak raye tuh hadiahnye kad raye, mercun, bunga api....kehkehkeh...

bila dikenang kembali...memang nak gelak la...tapi sekarang nih takde dah permainan ni kat kedai-kedai...tak tau la pulak kalau kedai kat tempat korang ada lagi...hehee...


Monday 4 July 2011

Kali pertama aku ke Tesco

Bunyi tajuk kisah ni macam kelakar, tapi itulah kenyataannya...

Pertama kali aku pergi ke Tesco yang paling dekat dengan rumah mertua aku. Asalnya nak pergi Nagoya kat dalam tu, tapi alang-alang dah sampai masuk dalam Tesco sekali..

Ramai sungguh manusia..bersesak-sesakan..troli pun habis..pilih barang kejap aje tapi nak bayar aku rase lebih 45 minit berbaris..masuk org yang bayar ngan kad kredit tp asyik bermasaalah jek...aduhh...

Tension sungguh sebab aku tgk motto Tesco kt atas kaunter tu "jika anda berbaris di belakang garisan hijau kami akan berusaha untuk membuka kaunter baru"..tapi takde pun...mungkin sebab dah habis usaha kot...

Barang yang aku beli tuh ada free gift, bila aku tanye org kaunter tu kata barang free gift kena ambik sendiri kat dalam, biasenye ada diletakkan disebelah barang tu...erkkk??? gitu pulok ...malas la aku nk Q lagi...

Kat luar pulak ada satu pelanggan tuh bising-bising dengan petugas kt situ...kereta dia tah kena curik ke, kena langgar lari ke, atau kena pecah ke....tapi dia kata dah buat report polis..pastu dia cakap "teruk betol tempat ni"...huh !!!

Memang cukup buruk pengalaman aku g tempat ni...patut la aku tak pernah pun singgah selama ni, walaupun kat kuala selangor tuh ade je kat tepi jalan...

Tapi mungkin juga aku pergi pada masa yang tak sesuai dan tempat yang tak sesuai....yang menjadikan aku dapat pengalaman tak best



Saturday 2 July 2011

Kisah seram sejuk balik surau...

Tadi lepas solat Isyak kat surau seksyen 2 BBB aku balik jalan kaki je ke rumah. cuaca agak hangat walaupun dah malam...jalan punya jalan.....ketika melalui beberapa buah rumah je lagi sebelum sampai rumah yg aku tuju, tiba-tiba menjadi sejuk pulok..siap berdesing lagi....huh! ipar aku pun rase gak sejuk tu....tapi kitorang buat dek jek....

apesal sejuk tibe-tibe ye?

sebenornye....kami lalu bawah khemah pengantin jiran sebelah, kipas anginnya ON pulak tu...tu yg sejuk tu...ekekeee